Khamis, 2 Jun 2011

3 Musuh Manusia

بسم الله الرحمن الرحيم
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSA0EEoXBJicgAxyxLqwL3IbrE0shWSeg0GG8eb0uEWNS-OSriPlWF1FXiATIBQyLLJsA1e3nmPBuCkY-Y2Naj2dGsrwtHYT0FziinT8gmAbshYz9KOPvvTXNsg5MMCx0NxnrYtKebSVHU/s1600/harta.jpg
Berkata Yahya bin Muaz al-Razi: "Musuh manusia itu ada tiga iaitu dunianya, syaitannya dan nafsunya. Berlindunglah daripada dunia dengan berzuhud (menjauhkan diri daripada keduniaan), berlindunglah daripada syaitan dengan melawan kehendaknya dan berlindunglah daripada nafsu dengan meninggalkan syahwat."

Beliau juga berkata: "Perangi nafsu dengan empat pedang riadhah (latihan jiwa) iaitu makan sekadar untuk menguatkan badan, bicara seperlunya, mengurangi tidur dan menahan cercaan orang lain." Menurutnya, dengan sedikit makan, syahwat untuk melakukan perbuatan hina dan mungkar akan luput, bercakap yang seperlunya akan menghindarkan segala bencana dan bersabar menahan cercaan orang akan memudahkan tercapai cita- cita.
Berkata Abu Yahya al- Warraq: "Barang siapa merelakan anggota- anggotanya dipengaruhi syahwat bermakna dia telah menanam pohon penyesalan di hatinya." Jaafar bin Humaid pula berkata; "Para ulama telah bersepakat bahawa kenikmatan di akhirat tidak akan tercapai kecuali dengan meninggalkan kenikmatan di dunia." Wuhaib Ibnul- Ward: "Barang siapa lebih menyintai syahwat di dunia, maka hendaklah ia bersedia menuju kehinaan."
Rujukan :
http://www.muslimdiary.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails