Jumaat, 7 Oktober 2011

40 juta kematian kalangan perokok akibat batuk kering menjelang 2050

بسم الله الرحمن الرحيم
PARIS: Kerosakan peparu akibat merokok boleh menyebabkan pertambahan 18 juta kes batuk kering (TB) dan 40 juta kematian berikutan penyakit itu menjelang 2050, menurut kajian yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan British (BMJ) hari ini.
Anggaran daripada model matematik menunjukkan trend merokok itu amat memberi kesan ke atas risiko TB.
Kajian mendapati Afrika, Timur Mediterranean dan Asia Tenggara terbabit dalam angka kenaikan terbesar TB yang berkaitan tabiat merokok.
"Pengurangan kekerapan merokok secara agresif boleh mengurangkan kematian 27 juta perokok berpunca daripada TB menjelang 2050," menurut kajian yang diketuai Sanjay Basu dari Universiti California di San Francisco. - AFP
dari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails