Khamis, 4 Februari 2010

Tiket Sehala

Salam,

Dua hari lebih komputer tak dapat access ke internet. Sepertimana biasa, yang mula-mula diperiksa ialah samada perkhidmatan (ISP) ke internet tu yang jadi masalah sebab dulu pernah berlaku talian talipon terus tak aktif, bil bayar tiap-tiap bulan sejak zaman berzaman lagi. Report masalah ini kpd ISP. Rupa-rupanya kabel yang hilang !!

Kali ini lain pula halnya kerana selepas dibuat laporan, ISP kata line ok, jadi next step periksa komputer sendiri takut-takut ada masalah. Memang sah, window nya bermasalah...
Kena reformat balik h.disk...banyak bookmark homepage / maklumat yang hilang..tapi syukur masalah telah diatasi.

Apa yang terjadi boleh dijadikan iktibar. Jika h.disk itu diabaratkan sebagai kita (manusia), bolehkah manusia diformat semula ? setelah mati. Pasti jawapanya tidak kerana kita melalui perjalanan sehala (one way ticket) yang tidak mungkin lagi kembali kedunia sesudah mati.

Jika h.disk (yang belum rosak sepenuhnya) boleh diformat semula, maka pada pengamatan saya manusia memang mengalami proses reformat atau diformat semula samada kita sedar atau tidak, iaitu apabila kita melalui bulan-bulan Ramadhan. Dalam setiap Ramadhan disetiap tahun kita 'diformat' semula, dengan matlamat supaya kita bertakwa.


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #183)

Outcome selepas selesai ramadhan bolehlah dinilai sendiri oleh tiap-tiap individu yang menjalaninya adakah bertambah baik dirinya atau sebaliknya. Huraian mengenai perkara ini telah banyak kita dengar melalui kuliah-kuliah agama dll.

Berbalik kepada masalah h.disk tadi, jika sekiranya ia telah rosak 100 % dan diibaratkan kepada manusia sebagai telah mati, maka ia tak boleh 'diformat' semula kerana telah berada dialam kubur. Apa yang diharapkan ialah segala amal-amal yang telah dibuat semasa hayat dahulu diterima dan menjadi bekalan yang akan dinilaikan Nya nanti.

Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #124)


Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #160)

semua petikan maksud ayat Quran drpd:
http://www.searchtruth.com

Semoga bertemu lagi dengan Ramadhan . Saya mengingatkan diri sendiri !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails