Ahad, 21 Mac 2010

Neraka dan Syurga

Salam,
Syurga dan neraka adalah janji Allah kepada orang-orang bertaqwa dan tidak bertaqwa. Manusia sebagai khalifah yang dilantik oleh Allah dimuka bumi kena melalui kehidupan didunia sebelum akhirnya ke syurga atau sebaliknya.
Allah tidak menjadikan manusia untuk main-main sahaja seperti yang diberi peringatan dalam surah Al Mukminun 23 : 115-118 yang bermaksud :

115. Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?


116. Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.


117. Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.


118. Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!

http://www.searchtruth.com


Allah memberi nikmat kepada kita tapi nikmat dunia ini terhad, sementara nikmat di syurga tidak terhingga. Nikmat disediakan untuk orang-orang bertaqwa sepertimana dinyatakan dalam Surah At Thur :

17. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya). (At Thur 52: 17)

http://www.searchtruth.com

Sesuatu amal perlu dipaksa dahulu sebelum ia menjadi kebiasaan. Dinyatakan juga bahawa 99 nikmat Allah sembunyikan dan hanya 1 sahaja nikmat yang diturunkan kedunia. Didunia ada perkara-perkara yang tidak dapat dihalang umpamanya mati, tua, sakit dan sebagainya. Orang yang sakit juga akan mati, demikian juga orang yang sihat. Oleh itu persiapan mesti ada pada diri kita bagi orang-orang yang berakal. Iman perlu diikuti dengan amal soleh,mesti dipraktikkan.

Wallahua'qlam

...catatan subuh@Us. Saidin 20.3.10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails