Rabu, 17 Mac 2010

Berlumba2 kerjakan Kebaikan

Salam,

Islam amat menggalakkan berlumba-lumba mengerjakan kebaikan dan jangan bertangguh-tangguh. Apa jua kebaikan yang terdetik dihati kita untuk melakukanya hendaklah segera dilaksanakan.

Dalam satu hadis dari Amru bin Maimun Alaudi r.a. katanya :
Rasulullah SAW bersabda kepada seseorang menasihatkanya "rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya yang lain -
1. keadaan muda mu sebelum keadaan tua mu
2. keadaan sihat mu sebelum sakit mu
3. keadaan berada sebelum datangnya keadaan berhajat
4. keadaan lapang mu sebelum datangnya keadaan sibuk mu
5. keadaan mu masih hidup sebelum datangnya mati mu "

Dalam satu hadis lain Nabi SAW juga menyuruh kita segera mengerjakan amal-amal soleh kerana diakhir zaman ini banyak fitnah berlaku, fitnah seperti malam yang sangat gelita. Akan terdapat dimana seorang mukmin itu sebelah paginya beriman tapi pada sebelah petangnya kafir dan sebaliknya.

Perlu kita jauhi segala gejala-gejala yang kurang sihat, dan kufur nikmat. Kufur nikmat boleh membawa kepada kufur hakiki contohnya seperti mengatakan zakat tidak wajib.

Ada orang yang menjual agama demi kepentingan dunia yang sedikit, dan ini boleh dipanggil munafik atau hipokrit. Maka perlu kita merebut untuk membuat amal-amal kebajikan selagi badan masih sihat dan ada masa kerana kita tidak tahu halangan-halangan yang akan berlaku dimasa hadapan.
Nabi SAW juga mengingatkan bahawa fitnah/halangan yang besar akan berlaku yang menghalang manusia dari mengerjakan kebaikan, contoh: lari dari majlis ilmu. Diakhir zaman, fitnah mengatasi segala-galanya.

...catatan subuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails