Rabu, 9 Disember 2009

Never too late to STOP!!!

Salam,
Artikel mengenai merokok, perokok, atau rokok itu sendiri mungkin ada ratusan malah ribuan atau jutaan kali telah ditulis atau dibincang. Namun saya bercadang untuk kongsi mengenai merokok melalui pengalaman saya sendiri semoga akan memberi menafaat kepada sesiapa yang ingin berhenti merokok, serta menepati larangan yang telah difatwakan oleh para ulama.

The Beginning

1. Betul pengaruh utama ialah dari rakan atau rakan-rakan, walaupun pada masa itu kita ikut suka-suka sahaja. Memang yang mula-mula tu kita kata tidak sedap, pelik dan sebagainya. Perkara ini berlaku ketika masih disekolah menengah, bukan disekolah tapi disebuah sungai , dimalam hari, pada satu function (tak ingat function apa). Tahun nya disekitar 1963 - 1967.Berlaku hanya sekali sahaja dengan jenama rokok yang saya sebut sebagai 'Rokok Tembak' sahaja. Well, ia berhenti setakat sekali tu sahaja.

2. Pada masa itu rokok dan lain-lain barang keperluan dapur seperti gula, tepung dan sebagainya amat murah, tapi nak cari duit amat susah. Satu kati tepung gandum kalau tidak silap saya ialah 25 sen sahaja. Gula sekitar 65 sen/kati (600 gm).
Selepas tamat SPM/MCE (1969), sementara menunggu peluang untuk sambung pembelajaran kekolej atau mana-mana institusi atau bekerja, banyak masa terluang untuk menjalankan apa jua aktiviti tak kira siang atau malam. Disinilah bermulanya kembali percubaan untuk merokok hasil ajakan/pelawaan kawan-kawan. Bukan banyak pun, 1 - 2 batang sehari.

Bila sambung belajar kat kolej mulai tahun 1970/1971, habit ini berterusan sehinggalah kealam pekerjaan yang bermula pada tahun 1973. Masa itu dalam meeting pun boleh hisap rokok, dan majoriti ketika itu adalah menghisap rokok, ada juga yang hisap paip. Kalau yang hisap paip tu baunya satu bilik semua orang akan dapat. Tapi tiada siapa yang kisah ketika itu.

3. Tak pernah terfikir untuk berhenti merokok pada masa itu, badan masih kuat tak mudah kena sakit yang berat-berat. Ada masa beli rokok sampai satu katun tapi jarang-jarang sekali. Diringkaskan cerita, consumption satu hari ialah satu kotak besar (20 batang) minima. Bila lama menghisap rokok biasanya perokok akan mendapat sejenis batuk dipanggil 'smoker's cough' dan mudah juga dijangkiti batuk dan selsema yang lain. Batuk juga mengeluarkan kahak atau sputum, dada terasa tidak selesa kadangkala sakit.

The End

4. Dalam satu serangan demam biasa (biasanya mulut jadi pahit dan tidak berselera makan/minum/merokok), timbul satu tekad untuk berhenti merokok, inilah percubaan kali pertama. Dengan bersandarkan harapan kepada Allah, serta ikhtiar mengamalkan makanan kesihatan bagi membuang segala sisa toksin dalam badan, hasrat itu tercapai, tetapi tidaklah sebegitu mudah. Dua hari pertama berhenti merokok memang hendak bangun pun tidak bertenaga, tapi lama-kelamaan badan menjadi biasa dan tahan dengan godaan. Bagi menguji ketahanan itu, dalam satu misi berkaitan kerja, saya membeli sebungkus rokok (20 batang) sebagai bekalan takut-takut teringin menghisap rokok. Alhamdulillah, sehingga tamat misi kerja itu, tidak sebatang pun rokok yang di hisap sehingga sekarang, dan biarlah ia berterusan begitu. Tarikh berhenti merokok ini adalah sekitar tahun 1995. Jangkamasa terlibat dengan rokok sekitar 20 tahun.

5. Faktor-faktor yang saya lihat sebagai pendorong kepada proses-proses berhenti merokok ini ialah : tidak mengikut keutamaan :
5.1. Apabila ditimpa sakit
5.2. Dorongan keluarga, kepentingan ahli keluarga
5.3. Faktor dalaman diri sendiri (pastinya dengan kekuatan dari Allah)
5.4. Faktor berkaitan agama dan umat
5.5. Faktor-faktor lain seperti rakan, persekitaran kerja, dan lain-lain.

Yang penting, JANGAN DEKATI ROKOK atau apa jua yang seumpama.

Saya tidak bercadang untuk mengulas setiap satu faktor-faktor diatas. Semoga tulisan yang ringkas ini mendatangkan munafaat.
Wassalam.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

    Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
    klik disini.

    Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

    "SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

    P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
    DISINI

    "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
    Wallahualam.

    "Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

    blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

    BalasPadam
  2. Waalaikummussalam, terima kasih kerana sudi memberi ulasan. Saya amat mentah dalam dunia blogging ni. InsyaAllah dengan tunjuk ajar dari yang sudi menjadi guru, saya berharap untuk terus kehadapan dan dijauhi dari sifat seperti yang saudara katakan itu.

    Semoga saudara juga sentiasa diberkati oleh Allah..
    TQ.

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum wrwb! Saya bersama Sdr Rahim dari SMC1 hingg ke Form 3 di Sek Klipud tapi tidak pula menyedari yg sdr pernah merokok. Saya juga pernah cuba untuk merokok. Semasa menunggu keputusan MCE di awal tahun ’70, pada waktu malam selalu keluar & lepak dengan kawan2 yg merokok tetapi saya & dua tiga kawan lain tidak merokok. Pernah dihulurkan sebatang rokok. Saya tidak terus merokok di hadapan mereka tetapi merokok seorang diri bila pulang ke rumah. Saya terbatuk2 sampai terasa pening yg amat sangat. Puntung rokok yg masih menyala cepat2 saya padam & campak ke luar tingkap. Dari sa’at itu hinggalah ke hari ini, saya tidak menyentuh rokok lagi mungkin kerana tidak dapat merasai keni’matan & kehebatan merokok.

    BalasPadam
  4. Maaf, saya nukilkan pengalaman ini semoga orang lain tidak jadi macam saya, terjebak terlalu lama dengan rokok ni, padahal kita tahu bahawa merokok itu haram. Saya bersyukur kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk bebas dari cengkaman rokok ini. Saya doakan supaya mereka2 yang dalam proses berhenti (sebenarnya kena berhenti terus sebab haram !) diberi kekuatan dan jalan keluar. Aamiiiin.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails