Rabu, 6 Januari 2010

Hutang...


Rumah tanpa hutang ?










Dalam konteks kehidupan kini memang susah untuk tidak terlibat dengan hutang.. sama ada anda jadi pemiutang (orang yang memberi hutang), atau pun sebagai siberhutang (orang yang berhutang). Hutang yang hendak difokuskan ialah hutang duit/wang ringgit.

Bagaimana hutang boleh terjadi?
Banyak sebab musababnya dan diantaranya ialah nak berniaga, nak beli rumah, nak bergaya (bior pape asal bergaya ?) , nak beli kereta, nak melanjutkan pelajaran, dan bermacam-macam nak lagi..kadang-kadang barang yang tak perlu pun dibeli kerana ada kemudahan berhutang...apa tidaknya, tiada duit muka diperlukan !

Dulu istilah buku 3 Lima (buku kecil untuk catit hutang) amat popular. Beli ikan pun pakai buku ini...bila cukup bulan (bila dapat gaji) baru bayar. Itu kepada siapa yang bayar. Setengah pekedai runcit siap paparkan nama orang yang berhutang dengan jumlah yang belum bayar dikedainya...(ini saya lihat sendiri). Malang sungguh jika makanan dah jadi sisa buangan tapi hutang masih belum bayar.

Kadang-kadang anda 'dipaksa' untuk memberi hutang kerana kawan. Anda dipujuk , dirayu dengan janji yang amat manis, kawan itu berjanji akan bayar mengikut masa dan cara yang dipersetujui. Bila sampai masa nak bayar, macam-macam dalih diberi...

Memang benar kata orang, berhutang senang, nak bayar susah.

Ada macam-macam kategori orang yang berhutang ni, yang miskin cara miskin, yang kaya cara orang kaya, anda fikir sendiri..

Apapun jua jika anda sebagai pemiutang, ikhlaskanlah bahawa anda benar-benar ingin membantu dia dengan memberi hutang itu . Jika sekiranya dia masih tidak dapat menjelaskan hutang itu (walaupun dalam jangkamasa yang lama) janganlah diungkit-ungkitkan kepada sesiapapun kerana selagi ia tidak diungkit, Allah memberi pahala / kebajikan kepada sipemiutang. Sementara itu panjatkanlah doa kepada Allah supaya hatinya terbuka untuk melangsaikan hutang itu.

Setelah menunggu sekian lama (disamping berusaha untuk mendapatkan hutang itu semula), tidak ada tanda-tanda bahawa hutang itu akan dijelaskan, dan jika anda sanggup, HALAL kan sajalah dunia akhirat.....dan jangan terkejut sekiranya ada sesuatu keajaipan berlaku...

Orang yang berhutang perlu tahu tanggungjawabnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails