Salam,
Pernah atau tidak anda bertindak sebagai seorang motivator ?
Percaya atau tidak setiap orang dari kita sebenarnya adalah 'motivator' dengan cara kita sendiri.
Kalau bapa, ia akan memotivasikan anaknya supaya belajar bersungguh-sungguh, patuh kepada Allah (lihat bagaimana mereka memotivasikan kita untuk mula berpuasa semasa kecil dahulu sebagai contoh). Seorang guru pula memberi motivasi kepada anak didiknya supaya rajin, cemerlang, menjadi manusia berguna,dll.
Dikalangan pelajar sendiri (atau peer group yang sama) juga berlaku proses motivasi ini secara sedar atau tidak sedar. Secara umum, pencapaian rakan-rakan lain umpamanya akan menjadi faktor dorongan kepada yang lain untuk berusaha dengan lebih kuat lagi.
Apa yang nak dikongsi disini ialah satu pengalaman untuk memotivasikan sekumpulan audien dewasa disuatu kampung (dirahsiakan). Ia berkaitan dengan penghijrahan minda dari set pemikiran lama kepada pemikiran yang lebih pro-aktif.
Kebetulan contoh-contoh dan reference yang dibuat oleh seorang penceramah diambil dari kawasan sekitar tempat ceramah motivasi itu diadakan. Tanpa disedari contoh yang diambil itu melibatkan aset milikan salah seorang peserta itu sendiri...seorang warga emas.
Sebelum selesai ceramah bagi slot itu, peserta yang berkaitan telah bergegas balik kerumahnya, dan datang semula dengan menggenggam sebilah golok dengan gaya bersedia untuk menyerang dan mengejar penceramah itu....apa lagi berselerakanlah segalanya...
Tindakan semulajadi ketika itu ialah untuk menghindarkan diri dari 'penyerang' itu yang akhirnya ditenteramkan oleh hadirin rakan-rakan beliau. Kursus itu ditamatkan begitu sahaja. Tiada siapa yang tercedera secara fizikal, tetapi mental atau maruah mungkin ada yang tercedera...
Iktibar :
- Anda cuba membina perspektif baru dalam minda peserta , tidak semestinya semua menerima dengan baik.
- Bila berlaku konflik seperti diatas, apa yang anda cuba sampaikan mungkin boleh terhapus disebabkan oleh insiden yang tak diduga itu.
- 'Battle ground' atau tempat kursus sewajarnya tidak ditempat / kampong halaman peserta itu sendiri. Cari tempat yang lain yang neutral supaya minda peserta tidak terikat dengan kampong halaman nya.
- Anda ingat anda tahu segalanya mengenai motivasi....rupanya tidak...
- 'Hardcore' ada dimana-mana...itu yang menjadikan nya interesting...sebagai cabaran
- Tidak boleh layu semangat untuk terus melaksanakan tugas dan peranan anda...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan