Hari ini nak berkongsi pengalaman dua orang individu seperti yang diceritakan oleh seorang Ustaz dalam kuliah Maghrib pada 11.1.10.
(Gambar disebelah adalah sebagai hiasan sahaja).
Kisah Pertama
Seorang individu telah terlihat dalam sebuah kereta yang dimiliki oleh non-muslim berbagsa Cina menggantungkan hiasan bertulisan 'Allah' pada bahagian cermin pandang belakang (rear view mirror) keretanya. Apa yang menjadi tandatanya ialah mengapa beliau menggantungkan hiasan bertulisan 'Allah' itu sedangkan kebanyakan non-muslim yang lain tidak berbuat sedemikian.
Maka ditanya oleh individu itu mengapa dia berbuat demikian ? Dijawab oleh pemilik kenderaan itu bahawa ini bagus kerana katanya ada kawan nya yang lain berbuat demikian dan pernah terlibat dengan kemalangan. Keretanya rosak teruk tetapi dia tidak mengalami kecederaan serius. Individu yang bertanya itu menjelaskan lagi bahawa tulisan yang digantung itu merupakan perkataan 'Allah' . Maka dijawab kembali oleh pemilik kenderaan itu : tak apa, ini bagus, ia baik untuk saya, saya tak kira apa asalkan ia baik untuk saya..saya suka.
Begitulah serba ringkas yang dapat saya paparkan dialog yang berlaku.
Apa yang perlu dilihat disini ialah RUANG yang harus diambil munafaat oleh sesiapa jua dalam situasi yang sebegini untuk melanjutkan dakwah kepada non-muslim dengan menerangkan dengan lebih lanjut lagi mengenai Islam kepadanya, mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepadanya untuk mendekati Islam dan seterusnya memeluk Islam.
Sebagai umat Islam kita tidak harus meletakkan bahawa menggantung benda-benda tertentu boleh memberi munafaat kepada kita kerana boleh membawa kepada syirik. Hanya kepada Allah sahaja tempat kita memohon dan meletakkan harapan, bukan kepada benda. Mengagongkan Allah hanya mengikut apa yang telah diajar oleh Nabi SAW.
Menurut satu hadis : (Petikan dari Mustika Hadis)
Dari Abdullah bin Amru r.a. dari Nabi SAW sabdanya " tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga hawa nafsunya tunduk menurut hukum-hukum dan pengajaran yang aku telah membawanya"
Hadis ini menerangkan bahawa : sempurna iman seseorang adalah dengan menurut bulat-bulat apa yang dibawa oleh Rasul Allah SAW.
Kisah Kedua
Seorang surirumah non-muslim telah menggantungkan rantai dileher anak kecilnya dengan satu objek yang mempunyai tulisan 'Allah'. Mungkin ibu ini tidak menyedari bahawa itu kalimah 'Allah'. Maka ditanya oleh seorang muslim yang terpandang kepada rantai itu dan bagaimana ia memperolehinya. Si ibu menyatakan bahawa ia diberi oleh seorang tok bomohnya bagi menjaga anaknya dari diganggu hantu/untuk keselamatan anaknya.
Apabila diberitahu bahawa apa yang dipakai itu ada nama 'Allah' , Ibu tadi menanggalkan rantai itu dan disimpan dalam poket.
Iktibarnya adalah sama seperti diatas. Non-muslim harus didekati dengan cara yang berhikmah bagi menerangkan hakikat Islam itu supaya mereka faham. Mungkin anak cucu mereka nanti mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah...
Wallahhuaqlam.
Wallahhuaqlam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan