Ahad, 17 Januari 2010

Tamak !!

Salam,

Keinginan untuk menambah harta, kekuasaan adalah lumrah bagi manusia walaupun ia telah memiliki yang secukupnya.  Ia masih ingin sangat supaya Allah tambahi lagi seperti ayat Surah Al-Muddathir [74:15] bermaksud : "kemudian ia ingin sangat supaya Aku tambahi lagi"

Ayat ini menggambarkan keinginan orang yang telah diberikan rezeki, anak, harta, kekuasaan, jawatan tinggi dan lain-lain, tapi masih menginginkan supaya ditambah lagi oleh Allah (tamak), sedangkan ia menggunakan kurniaan itu untuk menderhaka kepada Allah. (Ayat ini asalnya ditujukan kepada Alwalid bin Mughirah - di Mekah, dimana beliau ialah seorang pembesar Mekah yang banyak memberi masalah kepada orang Islam dan Nabi SAW).

Menurut Syed Qutub, ayat ini menyampaikan mesej yang sama kepada orang yang seumpama Alwalid ini.  Perlu wujud kesedaran dalam diri kita bahawa segala-galanya datang dari Allah.  Tetapi atas sifat tamak manusia itu sendiri, keinginan menambah harta, kekuasaan itu tidak pernah terpadam.

Ada tamak yang dibolehkan  seperti rasa tidak cukup masa untuk buat kebaikan, atau menunaikan perintah Allah, tamak kepada ilmu, dan lain-lain yang seumpama. Boleh tamak untuk 'memperbaiki' sesuatu. Boleh tamak untuk menjadi bilal contohnya (untuk memanggil orang solat), tapi jangan tamak untuk menjadi imam, kerana kepertanggungjawaban yang besar dimana ia perlu menanggung apa-apa kesalahan orang lain.

Pada zaman Nabi SAW, hanya orang yang terlantik sahaja menjadi imam (solat). Imam / pemimpin juga ada hadnya, apabila tidak mampu lagi perlu beri ruang kepada orang lain. Hanya manusia yang baik sahaja boleh membendung sifat tamak yang negatif dari bertapak dalam dirinya.

Wallahhuaqlam.
- catatan kuliah subuh 17.1.2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails