Seorang ulama'berkata : saya sentiasa berfikir dan memerhati dari pintu manakah syaitan datang menghasut dan menyesatkan manusia.tiba-tiba saya dapati syaitan itu datang melalui 10 pintu.
pintu 1: melalui sifat rakus dan buruk sangka. Lalu saya melawannya dengan sifat percaya dan qana'ah
pintu 2: melalui sifat sukakan kehidupan dan panjang angan-angan. Saya melawannya dengan rasa takut mati yang datang secara tiba-tiba
pintu 3: melalui sifat ingin sentiasa berehat dan bersedap-sedap. Saya melawannya dengan rasa bahawa semua nikmat hilang dan betapa sukarnya hisab hari kiamat
pintu 4: melalui sifat ujub. Saya melawannya dengan mensyukuri anugerah Allah dan bimbang akibat buruk
pintu 5: melalui sifat memandang rendah,memperlekehkan manusia dan tidak menghormati mereka. Saya melawannya dengan memahami hak mereka dan menghormati hak mereka
pintu 6 : melalui sifat hasad dengki. Saya melawannya dengan sifat redha dengan apa yang dikurniakan Allah kepada saya
pintu 7: melalui sifat riya' dan sukakan pujian manusia. Saya melawannya dengan sifat ikhlas
pintu 8: melalui sifat bakhil. Saya melawannya dengan rasa bahawa semua yang ada di muka bumi ini akan fana' dan Allah sahaja yang akan kekal abadi
pintu 9: melalui sifat takbur dan angkuh. Saya melawannya dengan sifat tawadduk
pintu 10: melalui sifat tamak. Saya melawannya dengan percaya apa yang ada di sisi Allah dan tidak tamak dengan apa yang ada di tangan manusia.
Semoga kita juga dapat mengatasi 10 godaan syaitan ini dengan melawan 10 perkara yang baik.
AAMIIIIN..
From:
http://asrunnajah.blogspot.com/2009/08/untuk-mengatasi-godaan-syaitan.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan