Salam,
Ahad, 28 Februari 2010
Take Five
Salam,
Mimpi-pelajar-UIA-bertemu-Rasulullah-SAW
Khamis, 25 Februari 2010
Gambar Ekslusif Barangan Nabi Muhamad S.A.W.
Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!
Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.
Rabu, 24 Februari 2010
cintailah-seseorang-menyintai-Allah
SUATU hari Nabi Muhammad s.a.w melabuhkan kepalanya di riba Aisyah sehingga baginda tertidur.
Sedikit intisari Ayat 17 - 30 Al Muddathir
Selasa, 23 Februari 2010
Takbur
Selasa, 16 Februari 2010
Lelaki Sebelum Zohor , Perempuan Sebelum Asar
Isnin, 15 Februari 2010
Zalim
Sabtu, 13 Februari 2010
Hikmah BismiLLAH
Hikmah BismiLLAH..
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..'
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir: 30). Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
12. Ustaz Dato' Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan Bismillahi Rohmani Rohim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. InsyaAllah.
*mohon pembetulan jika ada yang tidak betul..
Link Asal di sini : Hikmah BismiLLAH
Jumaat, 12 Februari 2010
Bunuh Diri ?
Perbuatan membunuh diri adalah dimurkai Allah dan Rasul Nya dan amatlah buruk balasan nya diakhirat kelak, kerana perbuatan yang demikian bukanlah perbuatan orang yang beriman.
Orang yang beriman apabila ia terdorong melakukan sesuatu yang mencemarkan nama baiknya ia akan menyesal dan bertaubat dan sedia menerima hukuman nya didunia supaya ia bersih diakhirat. Dan kalau ia ditimpa kemalangan ia akan menghadapi ujian yang berat itu dengan sabar dan tabah hati sambil berserah bulat-bulat kepada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang yang telah menjanjikan didalam Al-Quran bahawa tiap-tiap kesusahan akan diiringi dengan kesenangan, asalkan orang itu bersabar dan bertenang, tidak resah gelisah atau keluh kesah, tidak mengutuk nasib atau hilang akal apalagi berputus asa dari rahmat Allah yang melimpah-limpah rahmatnya.
Perbuatan membunuh diri bukanlah jalan keluar dari penderitaan yang sedang dihadapi, malah akan menjerumuskan kedalam penderitaan yang lebih buruk lagi diakhirat kelak.
Ini diterangkan dalam hadith yang berikut : maksudnya :
Dari Abu Hurairah (r.a) katanya : Nabi Muhammad (s.a.w) bersabda :
“orang yang membunuh diri dengan menggantung dan mencekik dirinya sendiri ia akan disiksa dengan membiarkan nya mencekik dirinya dalam neraka, dan orang yang membunuh diri dengan menikam dirinya sendiri, ia akan dibiarkan menikam dirinya didalam neraka”. Hadith soheh riwayat Bukhori.
Jelasnya perbuatan membunuh diri dengan apa cara sekalipun, dimurkai Allah dan Rasul Nya dan dalam zaman Rasulullah (s.a.w)-sebagaimana yang diterangkan dalam sebuah hadith riwayat Muslim baginda enggan menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri.
Menurut huraian ulama rahimahumullah, baginda enggan menyembahyangkan jenazah orang yang demikian sebagai memberi amaran supaya umatnya tidak melakukan perbuatan yang seperti itu.
Demikian juga halnya dalam beberapa kejadian yang lain, baginda enggan menyembahyangkan jenazah orang yang telah dihukum rejam hingga mati kerana dosanya melakukan zina sebagai memberi amaran supaya umatnya tidak melakukan nya.
Ini tidak bermakna bahawa orang yang mati dalam keadaan fasik tidak boleh disembahyangkan jenazahnya, malah dituntut menyembahyangkan nya – kerana baginda telah menyuruh sahabat-sahabatnya menyembahyangkan nya – bahkan ada kalanya baginda menyembahyangkan jenazah orang yang telah dihukum rejam dan manakala Saidina Omar bertanya tentang hal itu baginda menerangkan :
“sesungguhnya perempuan itu (yang telah mengaku berzina dan telah dihukum rejam ) telah bertaubat dengan satu taubat yang kalau dibahagikan diantara tujuh puluh orang dari penduduk Madinah (yang berdosa seperti dosanya) nescaya taubatnya atu mencukupi mereka untuk membersihkan mereka dari dosa masing-masing, dan selain itu adakah engkau dapati sesuatu yang lebih baik daripada sikap perempuan itu menyerahkan dirinya kepada hukum Allah tabaraka wata’ala untuk menerima hukuman rejam hingga mati” : Hadith riwayat Ahmad dan lain-lain nya.
Of Coconut Trees and Weddings
Let's preview briefly the gotong royong method of holding wedding ceremonies.
The elderly would combine all their resourceful talents into practice like who will cook, who will prepare the raw materials, who will do the washing, etc.
Rabu, 10 Februari 2010
Kerja tinggi atau kerja tempat tinggi ?
Salam,
Khamis, 4 Februari 2010
Maahad Tahfiz Tarbiah Ummah
Klik gambar untuk lihat detail.
Salam kepada semua muslimin dan muslimat :
Peluang keemasan untuk semua dermawan membuat pelaburan. Dipanjangkan untuk makluman kepada semua pengunjung yang berhajat melakukan amal jariah.
Sila rujuk kaedah sumbangan seperti dalam borang.
RAYUAN SUMBANGAN PEMBINAAN KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ TARBIAH UMMAH
LOT 6273, BATU 21
KAMPUNG TOK MYDEEN
34250 BATU KURAU
PERAK
Sila hubungi terus Pengerusi Maahad Tarbiah Ummah atau Pengetuanya sepert berikut :
1. Pengerusi : Ustaz Manolito bin Mohd Dahlan 019-5723454
2. Pengetua : Ustazah Hasna 019-5793454
Akaun Maybank : 1583 0527 0345
Lawat kesini untuk maklumat lanjut kos pembinaan
http://tarbiahummah.blogspot.com/
Tiket Sehala
Kali ini lain pula halnya kerana selepas dibuat laporan, ISP kata line ok, jadi next step periksa komputer sendiri takut-takut ada masalah. Memang sah, window nya bermasalah...
Kena reformat balik h.disk...banyak bookmark homepage / maklumat yang hilang..tapi syukur masalah telah diatasi.
Apa yang terjadi boleh dijadikan iktibar. Jika h.disk itu diabaratkan sebagai kita (manusia), bolehkah manusia diformat semula ? setelah mati. Pasti jawapanya tidak kerana kita melalui perjalanan sehala (one way ticket) yang tidak mungkin lagi kembali kedunia sesudah mati.
Jika h.disk (yang belum rosak sepenuhnya) boleh diformat semula, maka pada pengamatan saya manusia memang mengalami proses reformat atau diformat semula samada kita sedar atau tidak, iaitu apabila kita melalui bulan-bulan Ramadhan. Dalam setiap Ramadhan disetiap tahun kita 'diformat' semula, dengan matlamat supaya kita bertakwa.
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #183)
Outcome selepas selesai ramadhan bolehlah dinilai sendiri oleh tiap-tiap individu yang menjalaninya adakah bertambah baik dirinya atau sebaliknya. Huraian mengenai perkara ini telah banyak kita dengar melalui kuliah-kuliah agama dll.
Berbalik kepada masalah h.disk tadi, jika sekiranya ia telah rosak 100 % dan diibaratkan kepada manusia sebagai telah mati, maka ia tak boleh 'diformat' semula kerana telah berada dialam kubur. Apa yang diharapkan ialah segala amal-amal yang telah dibuat semasa hayat dahulu diterima dan menjadi bekalan yang akan dinilaikan Nya nanti.
Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #124)
Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #160)
semua petikan maksud ayat Quran drpd:
Semoga bertemu lagi dengan Ramadhan . Saya mengingatkan diri sendiri !!