Jumaat, 12 Februari 2010

Bunuh Diri ?

Perbuatan membunuh diri adalah dimurkai Allah dan Rasul Nya dan amatlah buruk balasan nya diakhirat kelak, kerana perbuatan yang demikian bukanlah perbuatan orang yang beriman.

Orang yang beriman apabila ia terdorong melakukan sesuatu yang mencemarkan nama baiknya ia akan menyesal dan bertaubat dan sedia menerima hukuman nya didunia supaya ia bersih diakhirat. Dan kalau ia ditimpa kemalangan ia akan menghadapi ujian yang berat itu dengan sabar dan tabah hati sambil berserah bulat-bulat kepada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang yang telah menjanjikan didalam Al-Quran bahawa tiap-tiap kesusahan akan diiringi dengan kesenangan, asalkan orang itu bersabar dan bertenang, tidak resah gelisah atau keluh kesah, tidak mengutuk nasib atau hilang akal apalagi berputus asa dari rahmat Allah yang melimpah-limpah rahmatnya.

Perbuatan membunuh diri bukanlah jalan keluar dari penderitaan yang sedang dihadapi, malah akan menjerumuskan kedalam penderitaan yang lebih buruk lagi diakhirat kelak.

Ini diterangkan dalam hadith yang berikut : maksudnya :

Dari Abu Hurairah (r.a) katanya : Nabi Muhammad (s.a.w) bersabda :

“orang yang membunuh diri dengan menggantung dan mencekik dirinya sendiri ia akan disiksa dengan membiarkan nya mencekik dirinya dalam neraka, dan orang yang membunuh diri dengan menikam dirinya sendiri, ia akan dibiarkan menikam dirinya didalam neraka”. Hadith soheh riwayat Bukhori.

Jelasnya perbuatan membunuh diri dengan apa cara sekalipun, dimurkai Allah dan Rasul Nya dan dalam zaman Rasulullah (s.a.w)-sebagaimana yang diterangkan dalam sebuah hadith riwayat Muslim baginda enggan menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri.

Menurut huraian ulama rahimahumullah, baginda enggan menyembahyangkan jenazah orang yang demikian sebagai memberi amaran supaya umatnya tidak melakukan perbuatan yang seperti itu.

Demikian juga halnya dalam beberapa kejadian yang lain, baginda enggan menyembahyangkan jenazah orang yang telah dihukum rejam hingga mati kerana dosanya melakukan zina sebagai memberi amaran supaya umatnya tidak melakukan nya.

Ini tidak bermakna bahawa orang yang mati dalam keadaan fasik tidak boleh disembahyangkan jenazahnya, malah dituntut menyembahyangkan nya – kerana baginda telah menyuruh sahabat-sahabatnya menyembahyangkan nya – bahkan ada kalanya baginda menyembahyangkan jenazah orang yang telah dihukum rejam dan manakala Saidina Omar bertanya tentang hal itu baginda menerangkan :

sesungguhnya perempuan itu (yang telah mengaku berzina dan telah dihukum rejam ) telah bertaubat dengan satu taubat yang kalau dibahagikan diantara tujuh puluh orang dari penduduk Madinah (yang berdosa seperti dosanya) nescaya taubatnya atu mencukupi mereka untuk membersihkan mereka dari dosa masing-masing, dan selain itu adakah engkau dapati sesuatu yang lebih baik daripada sikap perempuan itu menyerahkan dirinya kepada hukum Allah tabaraka wata’ala untuk menerima hukuman rejam hingga mati” : Hadith riwayat Ahmad dan lain-lain nya.

sumber : kuliah Ayahanda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails