Salam,
Sebahagian dari kita berpeluang bekerja dalam keadaan selesa dalam pejabat yang selesa, mungkin dibangunan tinggi bertingkat-tingkat. Semua kemudahan tersedia, selamat, tambah lagi kita memiliki rakan kerja yang baik dan mudah bekerjasama. Tapi memang adat manusia, 'taking things for granted', ambil mudah kerana celik-celik mata kita sudah memiliki segala kesenangan dan kemudahan itu. Kadang-kadang kita lupa nak 'appreciate' keadaan sekitaran kerja kita yang selesa itu. Jadi apa yang menghalang kita dari memberi tumpuan sepenuh kepada kerja atau tanggungjawab kita ?
Berbanding dengan kerja yang dilakukan oleh orang seperti dalam gambar diatas, penuh dengan risiko, tiada jaminan keselamatan (tanpa tali keselamatan). Mungkin ini perkara biasa baginya...alah bisa tegal biasa.
Apapun setiap orang pasti ada matlamat mengapa ia bekerja bermati-matian : cari makan, tanggung keluarga, cari kekayaan, isi masa lapang, cari pangkat, cari harta, dan bermacam-macam niat, sebab dan tujuan lagi. Ada yang terlalu ligat bekerja pagi dan petang, siang dan malam dengan sebab-sebab dia sendiri yang tahu, kadang-kadang melengahkan untuk melaksanakan ibadah-ibadah wajib !!
Namun dengan niat yang betul, kerja itu menjadi ibadah, setiap pergerakan kita menjadi ibadah.
Very simple, kita keluar bekerja tiap-tiap hari pasang niat untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga/diri kerana Allah. Done.
blog yang bagus. Analogi yang digunakan menarik minat membaca. Tahniah. Saya link blog ni ke blog Waadat.
BalasPadam