Selasa, 16 Februari 2010

Lelaki Sebelum Zohor , Perempuan Sebelum Asar

Salam,

Tarikh ini 1 Rabiul Awal 1431 (15 Feb. 2010) menyaksikan dua orang ahli kariah kembali kerahmatullah, dihantar ketanah perkuburan yang sama. Maka sempatlah ahli-ahli kariah yang berkelapangan turut serta menyembahyangkan dan mendoakan kepada keduanya. Jenazah lelaki disolatkan sebelum Zohor , dan jenazah perempuan sebelum Asar.

Ini adalah kali kedua sepanjang ingatan penulis, terdapat dua jenazah dalam satu hari yang perlu diselenggarakan. Ada satu peristiwa yang menyedihkan juga pada satu keluarga sedikit masa dulu. Ia berkaitan kematian seorang bapa dalam satu keluarga. Selang empat hari selepas bapanya pergi, anaknya pula turut menjejakinya, kembali kerahmatullah. Begitulah ketetapan Allah Taala kepada keluarga ini. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh2 mereka, dan memberi kesabaran dan ketabahan kepada ahli-ahli keluarga yang tinggal.

Amat beruntung bagi orang-orang mukmin yang dikurniakan keluasan kuburnya, terang benderang, ada jalan yang menyambung terus kesyurga, dan berbau harum.

"Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah) dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur."
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #145)


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #185)


Boleh baca lagi mengenai alam kubur/kematian dilink-link berikut:





Saiyidul Istighfar :

"Ya Allah, Engkau Tuhanku, tidak ada tuhan melainkan Engkau. Engkaulah yang telah menjadikan daku dan aku adalah hamba Mu , dan aku menurut diatas perintah dan perjanjian dengan Mu sekadar keupayaanku, aku berlindung dengan Mu dari kejahatan dosa yang telah aku lakukan, dan aku mengaku dengan nikmat Mu keatasku dan aku mengaku dengan dosa-dosa yang telah ku lakukan, maka ampunilah daku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau."
(Hadis riwayat Imam Bukhari)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails