Ahad, 21 Mac 2010
19 Malaikat
Salam,
(1) Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).
( سورة المدثر , Al-Muddathir, Chapter #74, Verse #30)
(2) Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal Neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami) dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran) dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu) dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini? Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dialah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) Neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
( سورة المدثر , Al-Muddathir, Chapter #74, Verse #31)
http://www.searchtruth.com
Seperti yang dinyatakan dalam ayat diatas, pengawal neraka terdiri dari malaikat yang dilantik oleh Allah. Malaikat tiada yang ingkar atau derhaka kepada perintah Allah. Allah tidak melantik manusia atau jin kerana sebahagian besar manusia tidak taat kepada Allah, degil dengan kalimat2 Allah (Ahli Kitab).
Malaikat adalah makhluk yang paling setia dan amanah. Merekod kerja2 manusia juga adalah malaikat. Oleh itu tugas besar (menjaga neraka) ini diberi kepada malaikat dan yang paling bengis adalah malaikat penjaga neraka.
Abu Jahal mempersoalkan angka 19 malaikat ini dan mengatakan apa perlu takut sedangkan bilangan mereka ramai dari bilangan malaikat. Satu kenyataan yang bodoh.
Malaikat ialah pengawal yang paling kuat. Tiada siapa tahu sifat kekuatan malaikat itu sebenarnya, sedangkan hanya satu malaikat sahaja sudah cukup untuk memusnahkan keseluruhan dunia ini.
Bilangan 19 malaikat yang Allah nyatakan itu sebagai satu ujian sahaja kepada orang2 kafir. Orang2 beriman tidak mempersoalkan bilangan ini bahkan terus mempercayai nya.
Jika dinisbahkan kepada 100, bilangan malaikat ialah 90, bilangan jin ialah 9, dan bilangan manusia hanya 1 sahaja.
Intisari : Seseorang manusia tidak akan sanggup untuk melakukan/membuat sesuatu kejahatan kerana ramainya malikat yang sedang menyaksikan nya.
Kalaulah manusia itu tahu akan kehebatan malaikat, pasti ia takut untuk melakukan perkara2 yang boleh mencampakkan dirinya ke neraka.
Manusia kena yakin dengan maklumat2 yang diberi oleh Allah. Puak2 Yahudi dan Nasrani, dari hasil pengubahsuaian kitab mereka mengatakan neraka tidak akan membakar mereka. Pendapat yang tidak betul !!
Orang2 yang beriman akan bertambah iman nya melalui ayat ini.
Ayat ini juga mensasarkan supaya tidak berlaku ragu2 terhadap orang yang diberikan kitab (yg ada rasul) tentang neraka, dan lain2. Menurut Syed Qutub hanya 3 sahaja yang ada sekarang ini iaitu Yahud, Nasara, dan Islam.
Maka jumlah 19 malaikat merupakan perkara kecil sahaja bagi orang2 Islam. Yang penting neraka itu ada, pengawal neraka itu ada. Bila tidak ragu2 mengenai neraka, manusia akan berusaha mengelakkan diri dari masuk neraka
Dikalangan manusia, ada penyakit yang boleh merosakkan iman mereka (eg. menentang hukum Allah), juga yang munafik. Allah menambahkan penyakit keatas orang2 yang telah ada penyakit dalam hati mereka.
Orang munafik serta kafir - tertanya-tanya mengenai bilangan 19 seperti yang Allah nyatakan.
Wallahuaqlam.
...catatan subuh @ Us. Hj. Shamsudin Saad - sekadar kemampuan!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan