Selasa, 30 Mac 2010

Buat apa kat belakang lori?

Salam,

Santai sikit untuk posting kali ini.

Pasti anda ingat semasa kebanyakan orang tidak memiliki peti ais sendiri di era 1950han - 1960han dulu. Kadang-kadang ada yang beli peti ais tapi tak ada bekalan letrik. Ada juga yang ada bekalan letrik tapi tak ada peti ais sendiri. Baru lepas merdeka lah katakan.

Permintaan terhadap ais (ketul ais) yang dibuat dikilang-kilang ais yang besar dibandar-bandar naik mendadak ketika bulan Ramadhan. Bekalan ketul ais ni biasanya dihantar oleh kilang melalui bas (bas lompat), bongkah ais seberat antara 50 - 70kg dibungkus dengan guni yang ditaburi dengan serbuk kayu bagi mengelakkan cair dalam perjalanan.

Setibanya didestinasi, biasanya kedai penjual ais kacang/cendol/ais kepal, ketul ais tadi diturunkan. Tuan kedai akan memotong ketul yang besar tadi menjadi ketulan-ketulan kecil dan dijual dengan harga antara 20 sen - 50 sen, bergantung pada pembeli. (Air dicincang tak akan putus???)

Khusus dibulan Ramadhan, pembeli kadang-kadang berebut-rebut untuk membeli ketul ais ini untuk minuman berbuka puasa - campur dengan sirap ke, air botol ke ikut citarasa masing-masing....nafsu ramadhan.

Berbalik kepada gambar, yang tengah buat kerja kat belakang lori itu ialah pekerja yang sedang memotong ketul ais yang besar untuk dimuatkan kedalam lori pelanggan nya, bukan dia buat projek tak baik.

Hingga sekarang ni masih ada kedai-kedai yang menjual ais cendol, ais kacang menggunakan ais ketul ini.

Berniaga ais - laku pun habis, tak laku pun habis(habis cair).
Posted by Picasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails