Khamis, 18 Mac 2010

Jauhkan Kami Daripada Dosa

Antara kesan melakukan dosa ialah jiwa akan menjadi gelap dek titik hitam yang memenuhi hati. Ianya akan menyebabkan jiwa semakin lalai. Apabila jiwa lalai maka hati semakin keras dan jauh dari Allah. Bukankah ahli neraka itu orang yang jauh dari Allah? Orang yang berfikir tentang perkara ini hanyalah orang yang hidup jiwanya. Yang sudah mati jiwanya umpama orang yang buta yang tidak mampu ditolongi oleh cahaya matahari di waktu siang yang terang- benderang. Seperti juga mayat tidak lagi bermanfaat buatnya segala ubat yang ada di muka bumi ini.

Kesan melakukan dosa bukan setakat itu sahaja. Ianya juga membawa kepada kesan-kesan yang lain sebagaimana disebut oleh Imam Ibnu Qayyim dalam kitabnya. Antaranya ialah diharamkan keberkatan ilmu dan rezeki, hubungan yang bermasalah dengan semua makhluk (termasuk binatang), urusan hidupnya menjadi sukar dan payah, gelap hati, wajah dan kuburnya, sentiasa berdukacita, lemah tubuh badannya, jauh daripada ketaatan kepada Allah, hilang keberkatan usianya. Bahkan yang lebih buruk daripada itu ialah dia tidak lagi melihat dosa itu sebagai dosa!Ya Allah! Bencikan kepada kami segala kemaksiat dan dosa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails